Followers

Cara buad header Paling Senang

hye sume . .okayy ary nie kyte nyer entry laen cket slalu cite psal diri sendiri n kerjaya ary nie kyte nak ajar cara-2 nk buad header yg paling senang dan simple , dengan menggunakann photoScape.padahal blog aku sendiri pon tak da header . .
first skali yg kna ada photoscape la kalau xda leh download dulu. .mcm mn nk download ? pandai-2 la yea . .heee ~


 nmpak tak ? tekan menu pastu new photo


pilih saiz dan warna


nmpak anak panah yg comel tu , kt situ ada

HOME
OBJECT
CROP
TOOLS

pandai baca kann ? heee ~ ~
sume ada kt situ masuk kan photo , text , edit sume ada tekan jea la rasa dah puas hati dengan hasil dia save je terus..


nmpk tak edit tu masukkan header yg dah siap td
lepas tu save dan tgk la hasil dia :)
selamat mencuba  :D
sape yg dah buad tapi tak jadi ,cuba ag sampai boleh :P
okay okay okay :)

lain kali kyte ajar guna adobe photoshop plak

credit tu fify si comot <3

Sedih Bukan Penyelesaian

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya. 

Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar"(Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. 
Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu"(Al- Mukmin : 60)

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".