Followers

bekas NASI GORENG Amira



Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.



      


sumber facebook








jumaat terakhir untuk tahun 2012



Assalamualaikum salam Jumaat :) Hari jumaat ni rasa macam nak bg tazkirah la.Muhasabah untuk diri sendiri.


Yang ni sy setuju ! Jangan buat orang marah kalau orangg dah hilang sabar abis la kau.Macam takda kena mengena je heeee ~ ~

Sometimes I wonder why is my life not going as I want it to be ?Why is things going against me ? I realise Allah is testing me.Alhamdulillah..

Jadi sebagai hamba Allah kita semua sama.Allah tests those whom he loves.Kita akan merasa dekat dengan Allah apabila kita menghadapi ujian.Maka beruntunglah orang yang diberikan ujian kerana ia dekat dengan Tuhannya.

Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu.Minta tolonglah pada Allah , jangan engkau lemah ( HR.Muslim )

Jadi pengajaran untuk hari ini 

 Mistakes are meant for learning , not repeating.

Semoga jumaat terakhir kita di tahun 2012 memberi kita semua pengajaran ape yg dah berlaku sepanjang tahun. Mana yang buruk kita elokkan , mana yang dah elok kita cantikkan.

InShaaAllah










8 pahala yang berterusan

 

 

Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :
SATU – Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat
DUA – Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya
TIGA – Sesiapa yang menulis mashaf(naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya
EMPAT – Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya
LIMA – Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan
ENAM – Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
TUJUH – Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya
LAPAN – Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya

Mari kita rebut ‘saham’ ini untuk bekalan akhirat kita insyaAllah

Wallahu ‘alam


KEK TAK MENJADI DAN PUNCANYA




Setiap kali kita ingin membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk mendapatkan kek idaman anda, untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.Semoga dapat kita praktikkan dengan lebih berkesan cara-cara untuk menghasilkan kek yang sempurna.


Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.

Puncanya :- Kek anda belum masak betul.


Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.

Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.


Kerak yang bergula pada keliling kek.

Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.


Terdapat tompok-tompok putih pada permukaan kek.

Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.


Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat

Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.


Kek berderai bila dipotong.

Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.


Kek melekat pada loyong pembakar.

Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.

*Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.


Kek naik kemudian retak di tengah permukaan.

Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.


Keliling kek keras.

Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja.


Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Puncanya :-Kek telah dibakar pada suhu oven yang terlalu panas.


Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah.

Puncanya :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.


Warna yang tidak serata pada permukaan kek.

Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.


Kek naik tidak serata.

Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.


Kek yang telah dibakar berlubang.

Puncanya :- Adunan mentega dan gula tidak dipukul sehingga kembang atau suhu oven terlalu panas.


Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.

Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.

Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.


Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna

Buah-buahan tenggelam pada dasar kek.

Puncanya :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna.

Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul.

Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum.

Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.


Bahagian tengah kek masih rasa mentah.

Puncanya :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak.


Dasar kek hangus.

Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.

Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar.

Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.


Kek merekah diatas pada permukaan.

Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.

Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.

Puncanya :-Kekurangan cecair.Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.


Kek tidak rata pada permukaan.

Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.


Kek tenggelam pada bahagian tengah.

Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri.

Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna.

Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.


Kek yang Mendap di Tengahnya

Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat

Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.

Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.


Kek Terlalu Lembap dan Leper

Puncanya :-Terlampau banyak cecair.

Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.

Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.

Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.


Adunan kek ,Mentega menjadi bergumpal

- Adunan mentega yang bergumpal mungkin disebabkan telur dan mentega yang tidak berada pada suhu bilik.- Ataupun telur telah dimasukkan terlalu cepat bila adunan mentega dan gula belum dipukul sehingga kembang dan sebati.

- Anda mungkin menggunakan telur yang besar.- Jika anda menggunakan adunan mentega yang bergumpal kek yang bakal dihasilkan akan berderai bila dipotong.


Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna

Tompok putih pada permukaan kek

Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.


Kek tenggelam sewaktu dibakar.

Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.


Kek berkedut dan kecut selepas membakar.

Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.


Kek liat dan mampat

Puncanya :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.


Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan

Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah.


Kek berkerak pada bahagian luar

Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.


Kek tenggelam pada bahagian tengah

Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.


Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan.

Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.


Kek span naik terlalu cepat.

Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.


Kek span tidak masak dengan sempurna.

Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.


Ok inilah tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya.

Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek

practice make perfect :)

 Nur Kasih Alias



segelas air secawan susu


 
 
 KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH ? 
 
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.


“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"


Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.


“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.


“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.


“Tak perlu bayar.”


“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”


“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan

"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”


“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”


Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.


Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.


Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.


Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.


Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.


“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”


MORAL OF THE STORY...

Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.


Renungkanlah Firman ALLAH SWT yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77


Renungkanlah Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat daripada ALLAH " - Surah al-Hujrat, ayat 10


Renungkanlah sabda RASULULLAH SAW, "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - Hadis Riwayat Muslim
 


-Disalin dan diadapatasikan semula oleh RP dari Majalah Solusi-
 
 
 

Cara buad header Paling Senang

hye sume . .okayy ary nie kyte nyer entry laen cket slalu cite psal diri sendiri n kerjaya ary nie kyte nak ajar cara-2 nk buad header yg paling senang dan simple , dengan menggunakann photoScape.padahal blog aku sendiri pon tak da header . .
first skali yg kna ada photoscape la kalau xda leh download dulu. .mcm mn nk download ? pandai-2 la yea . .heee ~


 nmpak tak ? tekan menu pastu new photo


pilih saiz dan warna


nmpak anak panah yg comel tu , kt situ ada

HOME
OBJECT
CROP
TOOLS

pandai baca kann ? heee ~ ~
sume ada kt situ masuk kan photo , text , edit sume ada tekan jea la rasa dah puas hati dengan hasil dia save je terus..


nmpk tak edit tu masukkan header yg dah siap td
lepas tu save dan tgk la hasil dia :)
selamat mencuba  :D
sape yg dah buad tapi tak jadi ,cuba ag sampai boleh :P
okay okay okay :)

lain kali kyte ajar guna adobe photoshop plak

credit tu fify si comot <3