KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH ?
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan
segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu,
kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius.
Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah
pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar
yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan
segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah
wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu
berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun
ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya
sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”
MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas,
impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH
SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang
disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.
Renungkanlah Firman ALLAH SWT yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada
hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77
Renungkanlah Firman ALLAH SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang
mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama
lain dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat daripada
ALLAH " - Surah al-Hujrat, ayat 10
Renungkanlah sabda
RASULULLAH SAW, "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan,
kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh.
Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah
kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia
(tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - Hadis Riwayat Muslim
-Disalin dan diadapatasikan semula oleh RP dari Majalah Solusi-
No comments:
Post a Comment